All about PMR

Assalamualaikum.

PMR. Three scary letters. Penilaian Menengah Rendah. Three scary words. One does not simply experience this twice in a lifetime.

2/8/12 - 10/8/12 : Trial PMR

Semua dah sedia maklum selalunya percubaan susah yg amat, kan? Ok. Susah mmg susah. Bodoh mmg bodoh. Cuai mmg cuai. Sebab? Over-confident. Time ni baru aku sedar betapa careless nya diri ini. Dalam Maths paper 2, aku tertinggal last two questions. Sedih. Masa banyak terbuang dengan semak soalan yg sama 3, 4 kali and nak bagi graph nampak perfect. Tapi tetap tak perasan ada lagi dua soalan dekat page belakang. Menangis? Semestinya. Frust dengan diri sendiri. This one, takkan pernah lupa. Since then, aku buat janji, buat akad "Jangan terlalu yakin. Periksa selagi ada masa. Semak sehingga ke helaian terakhir"

Paper lain ok. Takde careless mistake yg bodoh mcm dekat atas ni lagi.

Alhamdulillah results pun best. Walaupun dpt semua A, Allah sememangnya nak buka hati ni, bagi sedar, yg nanti, exam lain jgn terlalu sombong. Sangat sangat bersyukur.

28/9/12 : Majlis Restu Ilmu

Ni paling malu nak cerita ni. Hari ni aku nangis mcm org mati suami (eh ada ke?) Diri sendiri tak tahu kenapa. Tak tahu apa yg ditangiskan. Tak tahu apa yg disedihkan. Tak tahu. Oh.. wait ni bukan sebab sedih or apa. Sebab, takut. Takut sebab baru sedar yg masa dah dekat. Takut kalau hati tak tenang. Takut kalau doa tak dibalas. And paling ditakutkan sekali.. takut kalau gagal.

Yang peliknya, kenapa orang lain tak nangis? Kenapa aku seorg? Tertanya-tanya. Rasa nak sorok muka bawah katil bye.


Mata sembam masih boleh senyum untuk camera.

Setiap hari mendatang, aku, atasya, alia and maybe kawan lain, masing-masing buat countdown. 14 more days.. 13 more days..

"Weh nanti tinggal satu angka je weh!!" -alia or atasya, I don't remember.

3 more days.. 2 more days.. 1 more day..

And yeah finally the day came.

9/10/12 - 16/10/12 : PMR

Mental fizikal dah ready. Jiwa raga dan bersedia. Leggo to fight in the war!! (lol sorry fr the hyper-ness)

Day 1 - BM & PI
Susah? Jgn tanya. Sangat, paling dan segala bagai kata penegas yg lain. Paper 1, paper 2, dua dua susah. Yelah, siapa sangka novel tingkatan 2 boleh keluar? Maybe ada, tp not meeee OK. Tapi bedal jelah, dah ada dalam kertas soalan, nak buat apa lagi kan. Tenangkan hati, stabilkan tangan yg asyik menggigil. Aktifkan otak. Jawab. Nasib baik masa sempat, um maybe dlm 15 minutes left fr me untuk cek ejaan dgn bahasa? Nasib baik.

Kena stay smpai petang fr agama. I'm all alone dkt tgh tgh tu jawab (sbb about 10 non-muslims who sat behind me balik). Awkward jugak. Seram jugak. Banyak gila kertas guna time tu. Biasalah, soalan nak 2 jawapan aku bagi 5. Tp percayalah~~ Yg lebih tu sebagai langkah berjaga-jaga je, semuanya tak munasabah. Ada jugak bg jawapan yg takde kena mengena dgn soalan.

Day 2 - English & Geografi
Apa yg tak expect nak keluar jugak yg keluar. "Rasanya characteristics or lesson learnt yg keluar" So aku pun bertungkus-lumus hafal semua tu. "Entah entah theme weh" Yup exactly. Mmg ni pun yg keluar. Mulut mmg masin. Luckily ada hafal sikit-sikit apa yg sue wei buat pasal theme ni.

Day 3 - SC & SEJ 
All went well. I think so?

Day 4 - MT & KHB
During maths paper 2, terpaksa tahan nafsu nak pergi toilet sbb nak jimat masa. Jawab dlm keadaan menahan sangatlah tak selesa. Tak senang duduk. Tapi rupanya semua soalan dah siap dijawab dan masa tinggal lagi sejam. Gila? Nak kena batu karang? Ahhh I really need to go. Minta permission and at last... Terlajak naik ke tingkat 2 (dewan di tingkat 1) sbb alasan yg diri sendiri tak tahu. Berangan agaknya.

....and yeah this day is the last day of PMR!! Fuh semangat gila. Tak sabar nak balik awal. Tak sabar nak makan maggi. Tak sabar nak tidur awal. Tak sabar nak on fb and twitter. Tak sabar nak makan mekdi. Too many things to do. Yep mmg semua dah dilunaskan, malam tu jugak. Except for the mekdi part. Dah planned dgn kawan, nak pergi aeon, makan mekdi esoknya.

Dah buat sehabis baik. Harap harap results pun berbaloi dgn segala usaha yg dah dilakukan.

19/12/12 : Results Day



A week before this day, dah start nervous. Baca tweets, tengok posts org.. ugh sgt mencabar iman.

Tidur tak nyenyak langsung ok. Banyak sgt negative thinking going on in my mind. "What if I got a B... what if I got two Bs.. what if I make my parents dissapointed.. what if I failed to make my teachers proud.." and many other IFs. Itulah, bg motivation dkt org "Think positive, ofcs you can, ofcs we can" tp diri sendiri yg sebaliknya.

Paginya, bangun awal atas bantuan mak (kalau tak, jgn harap!). Breakfast, siap-siap and ready to go to school.

Muka nampak relax, tp hati.. diri sendiri dan hanya Allah swt yg tahu. Dalam dewan, semua dah cop kerusi. Yang tinggal cuma depan sekali. Jadi, terpaksalah..

Tak pernah segementar ni..

On the other side, tak tahu mcm mana dia org boleh gelak..

Masa cikgu Badrul announce 6As and 7As, perut dah mula kecut. Gemuruh. Cuak. Takut. Gementar. Nerves kuasa infiniti. Tolonglah 8A, tolonglah straight As...

....and at last my name was announced. As one of the straight As student. Alhamdulillah.

Moment of relief :')

Aku dah terus naik atas stage, tak sabar nak pegang slip. I was like "Is this real... or just fantasy?" Lepas peluk dgn guru besar, oh baru sedar yg ini alam nyata. Mak dengan comelnya berlari-lari anak, juga ke atas pentas. Berserta senyuman... oh tahan tahan.. Tak mahu menangis. Jangan menangis.







Sesungguhnya aku takkan berjaya tanpa doa ibu bapa, ajaran dan didikan guru-guru (especially), study group dgn kengkawan dan sokongan semua org. Terima kasih yg tidak ternilai. Nothing can describe how thankful, how grateful I am towards all of them. Terima kasih. Thank you. Terima kasih.

Alhamdulillah. MasyaAllah.

Me with my mum.



So, that's all I've got to share about PMR. Get ready batch 98's!! All is well~ All is well~

p/s: Maaf, ayat drama habis. Cuti dipenuhi dgn membaca novel, jadi inilah hasilnya.

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. yang aq banyak meyakinkan ko dapat straight A sebelum result kluar tak mention plak :p [luqman]

    ReplyDelete
  2. Ceh, kena ke? :p Lol kau dah mention sendiri.

    ReplyDelete