...when it comes to leave II

Assalamualaikum.

Post ni adalah sambungan kepada post sebelum ni.

Monday - 28/01/13 @Parit Haji Ali, Muar

So today is the last day. And tomorrow will be the day..

Tak tahu sebenarnya nak start mcm mana tau, umm jum kita flashback balik lah.

Sunday - 29/01/13

Went to wangsa walk mall with friends. Planned to watch an above 18 movies tapi failed. So end up watched Parental Guidance. Lawak gila ok cerita tu. At least boleh redakan sikit kesakitan di hati yg membuak buak terhadap supervisor wayang tu. Kalau dia baca habis aku kena saman.

Time bowling, aku ingat nak beat dua org budak lelaki ni; luqman and mirul. But.. Idk why makin teruk pulak. Dah lah luqman masih dlm proses baik pulih drpd sakit dia, lagi lah aku rasa terhina.

Oh before that, aku dgn alyaa ada edarkan ((ceh)) hadiah yg kiteorg prepare. 

Hari ni best sgt ok tak rasa rugi pun duit habis 50 hinggit. Well spent well spent. Yelah kan bukan duit sendiri actually, tu yg tak rasa apa apa. Mak seponsorrr hehehe.

Monday - 21/01/2013

Konon konon lah en hari ni last day aku dgn alyaa study dkt sekolah tu. So atasya, mirul and alia dah cop barang barang aku yg diorg nak. Yg kelakarnya, mirul dgn tasya berebut nakkan pencilbox aku. Tapi akhirnya tasya yg dapat. So... Mirul berubah fikiran nak botol air aku pulak. Ok yg ni pelik. Aku pun masih tertanya tanya dia nak buat apa lah dgn benda tu. Sampai sekarang.

Oh masa balik tu, sha, sarah and alia nad ada buat perfomance ((hamboi performance youuu)) utk kiteorg. So this is what they did.

Atasya dgn Sarah pulak siap nyanyikan lagu Sahabat lagi utk aku. Tak dpt tahan woi. Bcs every lyric means something. Kering air mata aku. Ok tu hiperbola. 

Last last hari jumaat tu kiteorg decided utk dtg lagi. Lol serious maluuuu.

Tuesday - Thursday, 22/01/2013 - 24/01/2013

Tiga hari ni adalah hari hadiah. Kaya benor agaknya kawan aku ni beli mcm mcm. Kreatif pun kreatif jugak, pandai je plan senyap senyap en. Aku mmg takde idea langsung kut.

Tak dilupakan juga, nad yg senantiasa kedekut belanja aku coolblog. "Tiga tahun sekali" katanya..

Alia, atasya, waheeda, sha, amirul, alyaa, nad and someone, thank you so much. 
 
Friday - 25/01/13 

Seriously aku dtg sekolah hari tu tunduk setunduk tunduknya. Sampai tak nampak jalan. Hahaha. Malu kut. Walaupun aku dah bg warning awal awal dkt mirul jgn gelakkan/ejek aku tp budak tu tak paham bahasa agaknya. Dia masuk je kelas, nampak je muka aku, dah habis terbahak bahak. Aku pula tgh duk kuatkan iman.. sabar lah wahai diri. Ini semua dugaan. 

My last farewell..

Bye bye 4 Bestari, bye bye SMK ZON RI Wangsa Maju, bye bye teachers, bye bye friends, bye bye everyone. Ceh mcm nak mati je.

I'll always save the memories that I spent with you all, the sweet or the bitter memories.  I won't forget insyaAllah. Unless kalau aku dpt amnesia ((bak kata shajidah)) lah kan.

To atasya, alia and waheeda, jgn lupa aku ok! And jgn rindu aku sangat... ceh :p Biar aku je rindu korg. Lol pun boleh.

And to luqman, amirul, illham and alyaa, best of luck in your new schools. 

Esok aku nak daftar sekolah sana dah. Harap harap semua berjalan lancar. Harap harap senang buat kwn.  Doakan yg terbaik ok :)

Last but not least, thanks jiran atuk sbb bermurah hati nak berkongsi wifi ehehe. Kalau tak, takdenya aku boleh post bendalah ni.

p/s: Sorry just a simple post bcs I kennot upload any pictures using this stupid ipad ugh. Tahi betul. Post selepas ni, nak upload gambar je semua. Boleh? InsyaAllah dlm masa dua minggu akan datang..

Assalamualaikum.

...when it comes to leave

Assalamualaikum.

This post is all about my closest friends; Alia, Atasya and Waheeda and my other classmates. And how I'm about to leaves them all.

Mula-mula cek mcm tak percaya. Gembira, pelik and takut bercampur baur. Gembira sbb akhirnya dpt jugak merasa duduk asrama. Pelik sbb tertanya tanya mcm mana aku boleh terpilih? Interview hari tu mmg failed, and aku rasa masih ramai lagi yg lebih layak, so kenapa aku? Takut.... bila terkenangkan kawan dgn family. Kena pindah lah ni? Kena pergi jauh lah ni?

Bila bagitahu family, muka mcm happy kut? Entah lah tak dpt ditafsirkan reaksi muka diorg. Bila bagitahu kawan, happy.. tp mcm tak happy sikit. Apakah?

Minggu kedua terakhir tu mmg penuh dgn air mata je. Tasya lah, kerja dia menangis je. So aku terikut sekali lah. Alia pun sama.. aku pun mcm terfikir balik, patut ke aku pergi? Ke tak patut? Tp nak buat mcm mana dah jadi keinginan sendiri nak experience duduk asrama before masuk universiti. Ceh.

Hari Jumaat, dlm minggu tu jugak, stayback rumah Alyaa. Oh this one friend pun dpt sbp jugak. Sekolah Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Kiteorg plan nak bagi hadiah, sebagai kenang-kenangan utk kengkawan.

Hari Sabtu, pergi jejalan dkt wangsa walk. Yup hanya dkt situ yg mampu tiba. Lol. Adalah satu incident yg agak menyakitkan hati tp akhirnya hari tu jadi hari yg kira bersejarah jugak lah, buat aku. Best sangat.

Hari Isnin, minggu terakhir. Ok yg ni malu sikit. Siapa yg takkan bercucuran air mata ((ceh bmku) bila kawan sendiri nyanyikan lagu, untuk kita? Ahhhh aku mmg tak boleh tahan. Tasya duet dgn sarah nyanyi lagu Sahabat. Fuh lamak, sedap kut.. entahlah aku busy menangis :p

Hari hari berikutnya, diorg bnyk buat surprises utk aku. Ish diorg ni kan.. Hadiah pula tak putus putus aku terima. Ahaks mcm retis. Tapi tak tahu kenapa, aku mcm takde perasaan. Tak menangis pun, walaupun tahap kemanisan diorg boleh membawa kepada penyakit kencing manis. Tahan agaknya, hmm tak tahu lah.

Tapi shh jgn bgtahu org lain ye, port paling kerap dijadikan tempat meleleh; bilik air; bilik tidur. Yeah nak layan perasaan mana boleh org tgk. Malu!

You guys...

Aku lebih sedih kut nak pindah. Takde kawan, takde family and paling penting takde korg! Mcm mana aku dkt sana nanti?

Seriously terharu dgn segala surprise yg korg bagi. Tak sangka ada kwn yg sesweet ni.

Mcm mana aku nak gegila nanti? Siapa nak pujuk aku bila aku menangis? Dgn siapa aku nak share problems? Bila lagi aku boleh gelak sampai takde suara? Dengan siapa? Mmg dgn korg je aku biasa, selesa buat benda tu semua.

Aku dah lah jenis susah nak approach org dulu, so mcm mana aku nak jumpa kwn baru? Segila, sesweet korg? Org dkt sana mesti ingat aku sombong nanti. Yelah, korg pun ingat aku mcm tu kan? Hmmm camne ni.

Rindu tu mmg wajib lah nanti. Aku nak tgk frame yg tasya bagi, tgk card gedabak yg korg preparekan tu dkt sana bila aku kesunyian kesepian keseorangan nanti. Harap harap tak menyesal ambil keputusan untuk pindah ni. InsyaAllah.

Those time we laughed together, studied together, played together, camwhored together, jokes with each other... I will never forget. Atasya, Alia and Waheeda, aku mmg dah selesa sgt dgn korg. Boleh gurau tanpa segan silu sikit pun. And igt tak peristiwa k***** tu, ha tu mmg kita je yg tahu. Walaupun memalukan, tp memory 'indah' lah jugak en.

You guys..

Being the ones I can share my problems with, being the ones I can be crazy with, being the ones I can laugh my lungs out with, being the ones I cry my eyeballs out with, being the ones who stays with me through thin and thick. You guys.. my three friends. Yes.

Thanks guys for the sweet memories, for the good days, for the presents, for being kind with me, for everything. Thank you so much. Bcs only you guys yg boleh cope dgn perangai aku.

Last but not least, jawapan kpd surat surat tu, even if korg ada buat aku terasa ke hape, aku tak simpan dlm hati lama lama. Dah lupa dah pun. Aku ni ha, if aku ada buat korg terasa, buat korg geram, buat korg marah dgn aku ke.. sorry sangat sangat.

Ok sorry takde gambar, pagi pagi update ni sebenarnya tgh kelam kabut nak balik kampung. Ugh finally the day will come, the day I have to leave you guys... goodbye.

Hari selasa ni nak pergi daftar sana dah. Sekolah Sains Muar, I'm coming.

p/s: Nanti bila bila cuti, kita jumpa ok? No more cry cry :) Lol manglish.

Assalamualaikum.