Happy Ghaya Aidilfitri

Hii! Okay so semalam bersamaan 2 Sept selamatlah kami sekeluarga tiba di KL. Eh pahal penutup terus ni. Sorry sorry.

Err alright hari jumaat last week balik kampung. We all balik in afternoon. So mmg tak menahan kelaparan dalam perjalanan tu. Nasib baik it tooks only tiga jam. 2.5/3 hour aku tidur je. Hehehe

And then bila sampai rumah atuk wan and atuk laki, belum apa-apa perang dah start. Jiran sebelah ni ya Allah kemain lagi pagi petang siang malam memang tak berhenti bom sana bom sini. #Tarik nafas kejap, okay sambung. For me, its like pencemaran bunyi ni, report ah! Hah almost all the time, aku melatah. Even MAYBE dia guna mercun mancis, but bunyi dia like hell kuatnya. I was like MAK KAU! MAK KAU! anddd MAK KAU!!!

Eh jap part sedih I wuwuwuuu, tahun ni aku langsung tak dapat merasa pegang bunga api bintang, bunga api warna warni, mercun gasing mercun naga.. dan sekutu dengannya. My adik pun takde beli, kalau dulu dialah paling semangat pujuk mak ayah belanja. Me nak beli? Hah jgn harap, saya cuma pandai main, keluar duit saya payah. Hihihi. Kesian kan kesian kan? Okay tak langsung. Act lagipun, aku follow kakak-kakak aku if diorg main aku pun join ah. Unlike last year aku main dgn apiq and ana like sooo awkward. Org yang tengah makan dekat warung sebelah tengok kiteorg pelik gila. Pergh me felt ashamed ashamed sangats sangats. Yolah kito ni dah besar, fikiran tak matang. Cewahh besar lah sangat. Cewah tak matang lah sangat.

Kembali kepada cerita jiran atuk, they all main punyalah hebat. Me and my sisters was like

KITA BAKO JE RUMAH SEBELAH NI, BAKO JE!

~~~~~


I like dis very much much! Mak saya so comelzzz k.
Ayah saya pun comelzzz sebab dia pandang camera :/

Okay time raya, takde benda nak citer. Soooo boring, tak meriah sangat. Sebab mak saya punya adik perempuan tak balik. And adik lelaki dia pulak balik time second raya. So tak happening lah wuuwuu. #Part sedih II 

~~~~~

By the way, by the way, aku ingin memohon maaf kepada kaum kerabat, kawang kawang sekalian, teman seperjuangan dan sesiapa yang mengenali aku. Jangan simpan dendam if aku pernah kecilkan hati korang secara langsung (kutuk depan-depan, ejek depan-depan, buli depan-depan dan segala yang depan-depan) atau balik tabir (mengata belakang-belakang, jadikan korg bahan lawak belakang-belakang, buat taik pasal korg belakang-belakang dan sewaktu dengannya)

Selain itu, kalau aku pernah menyombong, cakap besar yang buat korg sakit hati, tipu yang disengajakan atau sebaliknya, maafkanlah kawe ye. Semua yang dilakukan adalah dalam keadaan sedar ataupun separuh sedar. Setiap manusia tak lari dari kesilapan. Hehehe akhir sekali walaupun terlambat 1 2 3 hari nak mengwish tapi takpo, nak wish jugak. 

 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin 
 Kepada Warga Islam Sedunia :} 

No comments:

Post a Comment